icon-search

Waxing dalam Islam: Haram atau dibolehkan?

Waxing dalam Islam: Haram atau dibolehkan?

Waxing merupakan salah satu kaedah popular yang seringkali digunakan untuk membuang bulu-bulu dibadan. Membuang bulu merupakan salah satu cara untuk kita menjaga dan mengekalkan kebersihan tubuh badan kita. Dalam Islam ada menyebut bahawa kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman, tetapi, adakah membuang bulu di anggota badan merupakan cara untuk menjaga kebersihan diri yang dibenarkan dalam Islam? Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas sedikit sebanyak mengenai hukum membuang atau menghapuskan bulu dalam Islam.

Bagi isu mencukur atau membuang bulu, para ulama telah mengkategorikan hukumnya kepada tiga bahagian iaitu

  1. Bulu-Bulu Yang Terdapat Perintah Untuk Mencukurnya.

  2. Bulu Bulu Yang Terdapat Larangan Mencukurnya

  3. Bulu Bulu Yang Didiamkan Oleh Syarak

 

  1. Bulu-bulu yang terdapat perintah untuk mencukurnya

  • bulu kemaluan

  • bulu ketiak

  • misai

 

  1. Bulu Bulu Yang Terdapat Larangan Mencukurnya

  • Janggut 

  • kening

 

  1. Bulu-bulu yang didiamkan oleh syarak

      Tiada nas dari dari al-Quran ataupun Sunnah Nabi S.A.W yang mengarahkan bulu-bulu ini untuk dipotong atau melarang bulu-bulu ini dari disimpan.

  • bulu dada

  • bulu betis

  • bulu paha

  • bulu hidung

  • bulu yang terdapat di lengan

  • Bulu-bulu lain yang tidak terdapat arahan untuk memotongnya serta tidak terdapat larangan untuk menyimpannya

 

Bagaimana pula dengan proses waxing di spa?

Waxing hanyalah salah satu daripada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membuang bulu (seperti mencabut, mencukur, dan sebagainya). Jadi, tidak ada masalah jika anda ingin memilih kaedah waxing bagi membuang bulu-bulu badan yang diperintahkan atau yang dibenarkan syarak. Terdapat dua perkara yang boleh memberi implikasi semasa proses waxing di spa iaitu isu aurat dan juga isu khalwat.  

 

  • Isu Aurat

Aurat perempuan:

  • Sesama perempuan: Antara pusat dan lutut

  • Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram: Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

Aurat lelaki: antara pusat dan lutut

 

Proses waxing sesama jantina boleh dilakukan di spa, namun sesetengah bahagian tubuh seperti bahagian sulit tidak dibenarkan atas sebab had aurat.

 

  • Isu Khalwat

Proses waxing selalunya dilakukan secara berduaan di dalam sebuah bilik khas bagi menjaga privasi pelanggan. Jadi, isu khalwat ini timbul apabila staf dan pelanggan yang berlainan jantina berada didalam bilik secara berdua-duaan.

Kesimpulan

Kaedah waxing boleh digunakan untuk membuang bulu-bulu yang ada pada badan kita. Hukumnya pula berbeza mengikut bahagian badan dan keadaan semasa melakukan proses waxing tersebut. Nak senang? Wax sendiri je dekat rumah. Tiada isu aurat, tiada isu khalwat. Guna cold wax senang sebab kita tak perlu panaskan atau cairkan wax tu. Kalau nak cuba cold wax, boleh klik link ini!

 

Rujukan

Rusli, M. F. (2019, June 24). Irsyad al-Fatwa siri ke- 307 : Hukum Brazilian wax di spa Bagi Bakal Pengantin. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3510-irsyad-al-fatwa-siri-ke-307-hukum-brazilian-wax-di-spa-bagi-bakal-pengantin?fbclid=IwAR2Am_SqvwdWuvwqSA0zA0tF02rQ96h-AohZfohRGBJW2Ue7xlE8D_utaVE 

Rusli, M. F., Mohamad Al-Bakri, Z. (2017, November 3). Irsyad al-Fatwa siri ke- 177 : Hukum Mencukur Bulu Kaki bagi Lelaki Dan Perempuan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/985-irsyad-al-fatwa-siri-ke-178-hukum-mencukur-bulu-kaki-bagi-lelaki-dan-perempuan 


Your cart is currently empty.
Continue shopping