Zaman sekarang ni, penampilan fizikal sangatlah penting tanpa mengira jantina. Kaum lelaki juga sudah mula menitik beratkan penampilan agar sentiasa tampil kemas dan bersih. Salah satu benda yang sudah menjadi trend dalam kebersihan diri adalah menghapuskan bulu melalui kaedah waxing. Kalau korang adalah seorang lelaki sejati yang belum pernah cuba waxing, jom baca artikel ini untuk mengetahui sebab-sebab kenapa korang kena masukkan waxing dalam rutin penjagaan badan korang.
Halus dan licin:
Dengan waxing, korang dah tak perlu risau pasal bulu-bulu tajam yang mencucuk-cucuk dan menyebabkan rasa tidak selesa. Bulu akan ditanggalkan sehingga ke akar, jadi kesannya, kulit akan jadi lebih licin dan bulu juga tumbuh dengan lebih lambat. Senang sangat sebab dah tak rasa gatal
Tahan lama:
Berbeza dengan kaedah membuang bulu yang lain, waxing memberikan kesan yang lebih tahan lama. Bila mencukur, selalunya bulu akan tumbuh dalam sehari atau dua hari. Waxing pula boleh memberi kesan yang tahan sehingga berminggu-minggu. Cuba bayangkan kulit korang licin je selama beberapa minggu dan tak payah nak fikir untuk bercukur setiap hari.
Bulu semakin kurang:
Waxing boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu. Semakin lama dan semakin kerap korang waxing, bulu akan jadi semakin halus dan jarang. Benda ni terjadi sebab waxing berulang kali boleh melemahkan folikel bulu, lalu mengurangkan pertumbuhan bulu.
Kurang Iritasi:
Mencukur selalunya boleh menyebabkan iritasi, bulu tajam dan juga bulu yang tumbuh dibawah kulit (ingrown hair), terutamanya dibahagian yang sensitif. Dengan waxing, isu-isu ini boleh dikurangkan. Proses waxing menanggalkan bulu sehingga ke bahagian akar dengan lebih lembut, tanpa geseran bilah pisau yang berulang. Penjagaan selepas waxing yang betul boleh memberi kesan yang lebih halus pada kulit dan mengelakkan benjolan dan ketidakselesaan.
Tingkatkan keyakinan:
Bila kita rasa gembira dengan penampilan kita, keyakinan kita mesti meningkat kan? Waxing boleh bagi kebebasan kepada kita untuk pakai apa sahaja yang kita nak,tanpa perlu risau tentang bulu tajam atau bulu kasar yang tidak menarik. Kulit yang licin selepas waxing akan nampak lebih bersih dan kemas. Keyakinan pasti memuncak bila kulit bersih dan bebas bulu!
Kepada lelaki macho diluar sana, inilah masa korang untuk mencuba sesuatu yang baru. Dengan kesan yang tahan lebih lama, kulit lebih licin, kurang iritasi dan lain-lain lagi, waxing mampu memberikan lebih banyak kebaikan berbanding kaedah menghapuskan bulu yang lain. Jangan biarkan keraguan korang menjadi penghalang untuk korang tampil lebih kemas dan kacak! Cubalah waxing sekarang! Klik disini untuk mendapatkan cold wax dan hapuskan bulu sendiri dirumah.