icon-search

5 Sebab Anda Perlu WAXING Bukan SHAVING (hair removal/cabut bulu)

5 Sebab Anda Perlu WAXING Bukan SHAVING (hair removal/cabut bulu)

Mempunyai masalah bulu adalah sesuatu yang normal dihadapi oleh setiap individu di seluruh dunia, di mana terdapat pelbagai kaedah untuk menanggalkan bulu tersebut termasuklah mencukur, waxing , laser, mahupun krim penanggal bulu. Semua kaedah tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Walau bagaimanapun,  terdapat dua kaedah yang terkenal sering diguna oleh individu, iaitu kaedah mencukur dan juga kaedah waxing.  Akan tetapi, banyak pendapat menyatakan kaedah waxing adalah lebih baik dan mempunyai kelebihan yang lebih banyak berbanding kaedah mencukur. Kenapa waxing lebih baik?

1.Kulit lebih lembut dan licin

Kebanyakan individu membuang bulu kerana ingin mendapatkan kulit yang lebih lembut dan licin, tetapi dengan mencukur, ia tidak mencabut bulu dengan sempurna dan tidak membuat kulit menjadi lembut dan licin dalam jangka masa yang panjang. Hal ini kerana bulu akan tumbuh dalam tempoh yang cepat. Dengan kaedah waxing, masalah tersebut dapat diatasi kerana waxing akan mencabut bulu hingga ke akar, tambahan ia juga mengeluarkan sel kulit mati sekali gus membuat anda rasa kulit seperti kulit baru.

2.Bulu tumbuh lebih lambat

Apabila mencukur bulu, ia hanya akan memotong bulu di atas permukaan kulit (akar masih di dalam kulit) dan ini akan membuat bulu tersebut tumbuh semula selepas beberapa hari. Walau bagaimanapun, dengan kaedah waxing, apabila anda menggunakan wax untuk mencabut bulu ( waxing ), ia akan mencabut bulu hingga ke akar dan membuat bulu tersebut mengambil masa yang lebih panjang untuk tumbuh baru. ( 2-5 minggu/bergantung kepada kawasan waxing )

3. Jimat masa

Walaupun kaedah mencukur mengambil masa yang singkat, tetapi anda perlu mencukur dengan kerap, termasuklah menghadapi kegatalan dan lain-lain. Dengan menggunakan kaedah waxing, anda hanya perlu menggunakannya sebulan sekali dan bulu anda akan tumbuh lebih lambat dan halus.

4.Tiada ‘shaving burns’ atau ‘bumps’

Apabila mencukur, ia akan meninggalkan kesan ‘ shaving burns’ atau ‘bumps’ atau luka kerana pencukur itu merupakan peralatan yang tajam. Kesan tersebut akan membuat kulit menjadi gatal dan meninggalkan parut. Walau bagaimanapun, dengan kaedah waxing, masalah tersebut dapat dielak kerana tidak menggunakan sebarang peralatan tajam dan lebih selamat.

5.Mudah dibawa ke mana sahaja

Walaupun pencukur mudah dibawa, tetapi ia terhad hanya untuk beberapa kali penggunaan sebelum pisau pencukur mula tumpul dan tidak berkesan lagi untuk memotong bulu. Malah ia tidak boleh dibawa untuk ‘travel’ sebagai hand carry dalam penerbangan. Dengan kaedah Waxing, bukan sahaja mudah dibawa ke mana sahaja, produk waxing jugak tahan sehingga 1 tahun! Tambahan, jika anda memilih Wawawax sebagai produk waxing pilihan anda, ia memudahkan anda berganda-ganda! Ia boleh dibawa sebagai hand carry dalam penerbangan tanpa masalah.


Penggunaan waxinghair removal / cabut bulu yang paling mudah ialah dengan mengunakan produk waxing daripada Wawawax.

Wawawax diperbuat daripada bahan natural seperti Madu, Gula dan Aqua dan tanpa tambahan bahan kimia yang boleh digunakan untuk keseluruhan badan.

Waxing keluaran Wawawax merupakan produk waxing yang tidak perlu dipanaskan, mudah dibawa ke mana sahaja dan mesra pengguna. Inilah yang membuatkan Wawawax berbeza dengan produk Waxing yang lain.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik sini untuk buat belian terus dengan Wawawax.





Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping